Monday, April 13, 2009

Lower Six Economy 1.. 2001

Hari ini adalah hari peringatan aq melangkah ke alam persekolahan tinggi Tingkatan enam rendah jurusan ekonomi 1 di SMK Majakir Papar. Aq bukanlah pelajar panggilan pertama tetapi aq adalah pelajar pertama sampai untuk sesi panggilan kedua. Aq di interview oleh cikgu Noraini. Wah semacam je cikgu ni. Macam pemarah... Ini bukanlah kali pertama aq menjejakkan kaki ke sekolah maha asing ini. sebelum ini aq pernah mengikuti sesi latihan pertandingan bola jaring & bola baling di sini. Tapi buat pertama kalinya aq akan bergelar PELAJAR disini. Sekolah yang pernah aq anti sebelum ini. Bagiku dulu, sekolah ni bertamadun dari segi pembangunan tetapi tidak dari segi Mental & pencapaian tahap pelajarannya.
Tapi kini nak kata apa kan.. aq terpaksa duduk & belajar di dalamnya. Aq diarahkan utk masuk ke kelas sementara 6 rendah sastera, kelas paling hujung sekali paling dekat dengan arah untuk ke kantin. Hati nie berdebar2 menanti reaksi pelajar lain. Sekali kaki melangkah masuk, wah x surprise... kawan2 kat dlm ni semua yang aq pernah kenal masa aktiviti sukan & ada juga yang pernah jadi school mate masa skul rendah. ada 2 3 orang pelajar bukan Islam yang pernah jadi school mate masa di St Joseph dulu. wah xdelah asing sangat bagi aq. Aq memilih utk duduk berhampiran dengan Ms Sofia Ismail. Dia ni pernah jadi geng kamcing masa skul rendah dulu merangkap saudara bau2 bacang dengan aq. Ada jg student SJS kat sini tp ni yg x popular masa skul dulu. Aq kureng sket bercampur dgn bebudak sains.. student paling comel tym ni ialah Iryan Suhaibun. Dia ni memang aq kenal dari kecik lagi sementelah kami x close.. Iryan ni ialah first cousin kepada first cousin aq.. hehehe! faham2 lah ye apa maksudnya.
Sekejap mata aq mula rapat dgn student yg lain.. alkisahnya aq memang peramah. Tetapi ada 1 group pelajar dr sekul SMK Benoni yang seakan memandang sinis ke arah q. peduli hapa aq.. tp kan dlm pelajar2 tu, kiranya aqlah yang paling popular kat sini. mana x nya, masa di skul lama dulu semua aktiviti yang aq lakukan selalunya melibatkan pelajar luar jadi aq secara x langsungnya sudah dikenali oleh semua orang.
Jadi nak dijadikan cerita, akhirnya masa pengagihan kelas yang sebenar sudah pun bermula. Setelah semua pelajar dikumpulkan, kami diasingkan kelas mengikut pencapaian kami. Aq ditempatkan di kelas Jurusan Ekonomi Kelas 1 di SMK Majakir Papar. Masa tu cikgu kelas kami, Cikgu NurFarhana. Wah cikgu ni memang idola aq. Walaupun pelajaran yang diajar oleh cikgu tu langsung x masuk dlm otak aq. tapi aq suka tengok cikgu tu. cikgu ni kami gelar, cikgu colourful.. hehe! aq dpt tangkap cikgu ni banyak koleksi pakaian, beg & kasut. sebab dalam 2 minggu dia akan bertukar2 aksesorinya. jadi dari situ aq simpan minat. aq pun akan jadi mcm cikgu teng.. (nama panggilan kami utk cikgu ni)... memang pun skrg aq dah kumpul semua benda mcm cikgu teng tu.. cikgu idola aq...kuang kuang kuang ( ni aq akan kongsi dgn korang dlm blog yang lain...)
Masa awal persekolahan ni, tabiat aq semakin mula berubah. aq menanam azam utk belajar bersungguh2. aq akan balas semua jasa mama & babahq selama ini. aq berjanji akan mencapai keputusan yang terbaik dalam STPM nant. supaya mama & babah tidak rasa sia2 memberikan aq pendidikan setinggi ini (walau x setinggi mana) namun aq tetap menanam cita2 utk sampai ke menara gading.... ( sebenarnya x sampai.. tp keputusan aq x teruk taw.. )
oklah kawan2.. itu jelah yang dpt aq kongsi bersama korang semua utk kali ini.. aq akan ingat sampai bila2 hari ini adalah tarikh keramat aq mula menjejakkan kaki ke SMK Majakir sebagai pelajar tingkatan enam rendah kelas ekonomi 1 tahun 2001....
hahahaha.. semoga aq berjaya.... kepada geng karas q semasa di enam rendah....
1. Dg Surianah Ag Edris...
2. Rosnita Manchai
3. Koh Be Ruan
4. Malai Ali Malai Mohammad
5. Lawrence (lupa sudah nama bapa dia..)
6. Jubaidah Baharudin
7. Nurul Tahirah Tassim
8. Jacelyn Joachim
9. Carolyn Syvelis
10. Anita Dukaruk
11. Marris Kinson
12. Fandi Ibrahim
13. Azlan Baharudin

Aq bangga dengan korang sebab sekarang kita sudah sama2 berjaya dalam bidang masing-masing. Sekurang2nya kita xdelah duduk di bus stop mcm yang cikgu Dalimasiah sumpah kita dulu hari2...

x lupa juga geng karas tingkatan 6 atas ekonomi 1..

1. Dg Surianah Ag Edris ( tetap dan berpencen )
2. Rosnita Manchai ( tetap dan berpencen )
3. Koh Be Ruan ( hilang, ntah kemana.. mungkin skrg dah jadi tokeh kilang papan )
4. Azlan Baharudin ( kisah perselisihan faham antara kita akan jadi sejarah di SMK Majakir )
5. Malai Ali Malai Mohamad ( Sebenarnya aq sayang ko & Lalan )

xkan aq lupa kenangan kita di hutan lipur kawang tu.. nek kreta yang hampir nak roboh tu.. aq xkan lupa... apa2 pun, be the best among the best..
(sebenarnya korang.. aq ada photo kat hutang lipur kawang tu utk tatapan korang tp lain kali aq upload.. ok)

andainya kawan2 ada terasa hati dengan aq selama kita berkenalan... aq mohon maaf atas segalanya...

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi mentah
& muda kulihat Hijauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

1 comment:

  1. Hi, saya ni pelajar cikgu sofia dari sjs 2... Dia guru kelas saya.

    ReplyDelete