Tuesday, April 14, 2009

Bak Kata Meet Uncle Husin.. K.E.R.J.A......

Aq ni nak kata bosan bekerja.. tidaklah jugak. aq dah terbiasa bekerja semenjak tamat skul dulu.. Klu nak kata tempat bekerja.. toksah cakaplah memang banyak..

Dulu masa aq lepas SPM aq pernahlah mengapply utk menjadi Pramugari MAS.. dapat...! memang dpt punya.. tp masa tu nak dijadikan cerita, aq x dibenarkan bekerja oleh babahq.. keluarga sebelah mama x halang.. tp sebelah babah yg halang. dorang kalau boleh mau aq skul tinggi sbb dorang potensi utk skul tinggi tu ada pada aq. aq x nafikan otak aq memang bergeliga.. bolehlah tahan... klu takat UPSR, PMR, SPM tu aq rasa boleh lepas cemerlang.. no problem! aq ni org nampak je poyo2.. tp aq ska tulis nota. sampai kdg2 nota kwn2 aq tolong tulis... bek kan? cara aq belajar.. kalau rajin menulis mesti kita boleh ingat. klu cuma asyik memandang papan tulis saja cikgu mengajar x guna jugak..

dijadikan cerita, aq pun sambung skul tingkatan 6 di SMK Majakir Papar thn 2001 - 2002. Lepas STPM, aq jadi cikgu sandaran tidak terlatih di SMK Benoni Papar.. Ntah mcmana aq ble tersangkut pla cikgu cikgu ni. best jugak jd cikgu tym tu. Aq ajar subjek Geografi, Pendidikan Moral & Bahasa Inggeris tingkatan 1 & 2. Student2 aq smua cute2.. tp ada gak yg menyakitkan hati.. masa nilah aq faham kerja sbg cikgu ni menuntut kesabaran dan semangat yang kuat. Iman pun kena tahan.. Ya Allah, mcm nilah pla rasanya jadi cikgu bila cakap cikgu dilawan.. Best2 aq dah jadi cikgu, tetiba kontrak aq tamat dan kebetulan salah seorang cikgu di SMK Benoni tu mempunyai premis Cyber Cafe@ tempat org melayan internet & bermain PC Station. Jadi aq pun mulalah kerja di AD Cyber Cafe kepunyaan Cikgu Abdullah Datin Hj Ahmad di Pekan Papar. Disana aq bertugas menjaga keseluruhan kedai tu termasuklah membersihkan sampah, menyapu, mengelap, menjaga komputer yang ada di kedai tu ada 5 set komputer semuanya. Aq juga bertugas sebagai kerani telefonis, kerjanya menjual aksesori telefon & kad top up Digi & Celcom.. Lama jugak aq kerja di Cyber Cafe ni. Satu hari tu, boss aq si Dullah Datin mencadangkan supaya aq menggunakan salah satu dr komputer di kedai itu untuk memberi perkhidmatan 'typing'. masa tu memang kaedah begini amat kurang di pekan papar. jadi dengan kemahiran yang aq ada (tp aq x pernah masuk kursus komputer, aq tau psl komputer pun sbb rumah ada komputer, jd setakat nak menaip2 di word & excel tu... no hal lah)... aq pun mula promote di depan kedai AD CYber Cafe.. Perkhidmatan Menaip Disediakan Disini...

Bermula drpada tu, aq menjadi sangat sibuk.. tambahan pula kedudukan kedai yang strategik dgn laluan orang ramai ke sekolah, pejabat pos, pejabat2 kerajaan yang terdekat & juga laluan utama suri2rumah membeli kari & rempah & pelbagai keperluan dapur di gerai Abang Jahan, Abang Iqbal & Gerai Ah Pek.. Membuatkan kedai ADCC semakin mendapat perhatian pengunjung. Berikutan dengan promosi yang aq lakukan akhirnya ADCC menjadi salah 1 kedai popular di pekan papar. pengunjung & pelanggan di kedai aq terdiri drpada kanak-kanak skolah rendah (main pc station), pelajar sekolah menengah ( reload handphone & duduk2 eg. si harun, si fifi, si nor dsbg), mahasiswa & cikgu2 sekolah (minta taip assignment), amoi2 kedai gunting wenci & amy salon (selalu hutang relod, bayarnya jarang), pakistan2 & benggali2.. ni semua beli telefon & cari aksesori telefon.. & kontraktor2 pembinaan ( yang ni biasanya akan buat surat utk tender la, bayar gajilah & dsbg...) disebabkan kontraktor nilah pada bulan ke 8 aq bekerja aq ditemukan dengan seorang kontraktor muda hensem & bergaya... paling penting, bujang pla tu.. namanya Zamri Moktar. dia ni glemer jugaklah di papar, dia ni pemain bola sepak safa papar & antara kontraktor & usahawan muda di papar ni.

Nak dijadikan cerita, si zamri ni selalu dtg ADCC suruh aq type surat2 penting dia (maklumlah dia kata dia xda kerani & ofisnya di rumah sendiri, jd secara x langsung aq ni kerani berbayar dia lah).. klu dia dtg ADCC x cukup dgn upah menaip yang aq kenakan, dia akan datang bawa makanan & minuman sekali. masa ni aq kena gosip hangat dengan dia oleh seluruh jiran2 kedai di sekitar aq. 1 hari tu, dia emergency nak buat surat untuk tender dan minta aq isikan sekali form tender utk pembinaan pondok di stesen keretapi. memandangkan masa tu aq pun sibuk melayan customer lain dia sanggup tunggu... tarikh tutup tender tu cuma utk sehari tu saja lagi. aq pun kesianlah dengan dia sampaikan aq terpaksa tutup kedai lewat dari biasa.. dia janji dengan aq, " klu aq dpt tender ni lynn.. aq buka office, aq panggil ko kerja.." dia ckap.. aq senyum saja.

tau2.. dimakbulkan Allah dengan izin-Nya, akhirnya si Zamri datang ke kedai dalam hujan lebat (hujan rahmat agaknya..) diiringi dengan hamper makanan ringan yang aq agak dlm lingkungan RM30-50. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. dia menawarkan aq pekerjaan dengan gaji permulaan sebanyak RM800. Wah 2 kali ganda dengan gaji aq di ADCC. sbb dia cakap dia kotakan janjinya.. aq pun bersetuju dan dengan sedih aq apply perletakan jawatan di ADCC notis 1 minggu. tempat aq digantikan oleh si Cumie, kawan bek aq.. pas tu aq x tau apa kejadiannya c ADCC. sayang jugak aq dgn ADCC tu.. ADCC saja bukan AD (abdullah Datin, si duda beranak 2 itu).. hehehe!

Bermulalah episod aq bekerja di kk.. memang selama ni pun aq menyimpan angan2 utk bekerja di KK. & disinilah segalanya bermula.. kisah pahit manis suka dan duka aq bersama kawan rapat aq. namanya Norita Samat. dia ni agak senior sikit dr aq, cuma apa yang aq suka dgn dia ialah dia ni poyo jugak mcm aq dan bergaya. dalam office tu kami cuma bertiga dengan Shafie. si office boy. Dlm pada tu, aq berkawan pla dgn Si Ros & Si Salina ( dua kawan baik Norita semasa di bangku skul..) senior jugaklah tp brutal! kami selalu sehati dalam melakukan apa saja. Dan semasa bekerja dengan Zamri inilah aq mula berjinak2 dengan dunia bisnes dalam bidang pembinaan. turun naik pejabat kerajaan mencari tender & rajin berjumpa orang2 kenamaan antaranya masa tu Pengarah JPPS Encik Abdullah Osman & juga Pengarah Borneo Samudera, Pengarah Insurance Takaful Nasional dan datuk2 di sabah ni. kami ni buka mulut sikit, memang dpt tips. apatah aq rajin tolong type surat2 utk client2 kami ni. sehari dptlah RM30-35, dptlah utk belanja makan. klu tiba tym raya, kamilah yang paling kaya. duit raya kami dpt lebih dr RM500 dr setiap seorang client terapat kami. apalagi aq pun mula melaram. aq mula mengumpul koleksi baju, beg & kasut. masa tu glemer, baju Zetty ala2 baju sembilu kasih.. aq memang akan beli brg2 mcm ni. masa tu duit bukan masalah bg aq, dgn duit gaji dan pendapatan harian aq boleh membiayai keluarga yang kebetulan tym tu, kami amat susah. alhamdulillah walaupun perlu mengorbankan masa makan tengahari & sedikit masa di hari sabtu, aq berjaya mengumpul asset.

namun sedar x sedar, kontrak zamri dengan jabatan keretapi hampir tamat selama 3 tahun. dan aq terpaksa mencari periuk nasi yang baru. setiap hari aq mencari kerja kosong di ruangan akhbar daily express dan menghadapi pelbagai ujian temuduga. beberapa hari kemudian, aq ditawarkan bekerja dengan keluarga angkat ku di Panasonic Tmn Iramanis. Ya Allah tempat di sudut bandar, jauh sedikit dr kota. namun aq cuma bekerja di Panasonic Service Centre selama setengah hari saja. bkan aq x tahan.. tp aq dpt kerja baru yang dekat dgn bandar KK. iaitu di Chan Furniture.. setengah ari aq bekerja di Panasonic, aq mendapat panggilan dr Chan Furniture SB Head Office sebagai receptionist kepada Mr Chan Soon Teck. tuan empunya Chan Furniture.

Hari berikutnya, aq mula bekerja sebagai receptionist di Chan Furniture. Selama ni aq nampak Chan Furniture sebagai kedai perabot biasa saja. namun setelah seharian berada di Chan Furniture, aq mula kagum dengan empayar Chan Furniture yang dikembangkan di seluruh Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia. Masa aq kerja dsana tu, Chan ada lebih 20 cawangan seluruh negara. HAri2 aq akan berdepan dengan salesmen hensem.. Kakitangan di Chan Office ni boleh dikatakan semua cina & kadazan, cuma aq & zaleha saja yng melayu muslim di sini. setiap hari aq berhubung dengan semua kakitangan di seluruh malaysia.

dipendekkan cerita, masa aq last minit dgn zamri dulu, sebenarnya aq pernah apply jawatan kosong di Tabung Haji bahagian Penerbangan sebagai kerani Akaun.. ( hehe, aq xda asas akaun pun.. saja je try) dah 2 bulan kerja di Chan, aq dipanggil temuduga d Kompleks Tabung Haji Jalan Sembulan. Aq pun pergilah.. saja try mana tau dpt.. ada 5 org semuanya yang di interview dan yang meninterview ada 5 orang juga. semuanya dr KL. adakah patut aq menangis depan dorang. ntah tiba2.. dahlah soalan lazim asas akaun aq x ble jawab. lepas tu aq semacam dicabar dengan soalan2 yang melibatkan keluarga. aq teringatkan keluarga aq org susah jd dorang ni suka2 mencabar aq. aq x dpt menjawab soalan dorang. cuma yang aq ingat, jawapan terakhir yang aq jawab utk soalan dorang ialah.. " Saya bersyukur menjadi diri saya sendiri, walau apa pun kerja yang saya lakukan yang penting saya dibayar gaji dan tidak menyusahkan orang lain serta dapat saya membiaya keluarga". aq kluar dr bilik temuduga tu tanpa sopan dan membiarkan penemuduga tu memikirkan apa saja tentang aq. dlm hati aq berkata, aq ja yang perasan mau kerja di tabung haji ni..

jd aq pun melanjutkan baki kerja aq di Chan Furniture mcm biasa sehingga akhir bulan ramadhan tiba.. aq dikejutkan dengan 1 panggilan di Chan Furniture. aq pun heran sebenarnya kenapa ada org cari aq guna nama penuh? rupanya panggilan tu dr Tabung haji. Ya Allah dengan kebesaran Tuhan aq diterima bekerja di Tabung Haji bermula 7/11/2009 iaitu seminggu selepas raya aidilfitri.

di tempat baru aq, berimej baru.. bertudung.. yelah nama pun Tabung Haji kan.. masa aq mula masuk kerja, cuma seorang saja kakitangan yang bertugas iaitu Hj Hidam itupun dia kerja bahagian ticketing. dia dduk di depan. aq di belakang. sorang2.. hari pertama bekerja, aq sudah pegang duit tiket kapal terbang sebanyak RM181,272 (aq akan ingat jumlah tu sampai bila2).. bergegar aq pegang duit tu.. tu duit halal orang nak pg umrah. keesokkan harinya aq dikejutkan dengan kehadiran pak cik Jamrin (suami kepada anti rohana, anti aq) tp aq dgn pak cik tu x close pun.. tegur2 biasa saja. dia rupanya office boy di sini. akhirnya setelah semuanya balik dr cuti raya, aq berkenalanlah dgn semua orang.. Haji Hidam Tory (pegawai tiket merangkap pegawai pengurusan Umrah & haji), Hajah Nur Farah Abdullah (Kerani tiket), Haji Hasny Wasli (kerani tiket), Hajah Hazelina Farah Shamsudin ( pegawai akaun, pegawai aq.. seram aq dgn kak hazel ni tp da ni cantik cuma kalau dia tegur buat salah dia xkan teragak2).. Haji Jamri Ramli (kerani kawalan kredit, pungut hutang) Haji Ali ( kerani tiket merangkap penghantar cepat kedua), Haji Jamrin Ismail (pak cik aq, penghantar cepat).. dorang ni semua funny dan peramah. sekejap saja aq dah terbiasa dengan dorang. tup2 aq berkenalan pla dengan boss di bahagian penerbangan ni iaitu Haji Omar Sulaiman ( skrg dh tukar..), alamak malunya, rupanya Haji Omar salah seorang panel penemuduga waktu aq interview.. dia ni org kedah.. dia cakap kat aq masa briefing staff.. " Hang dayang.. buat keja kna betui.. hang pandai tawan hati semua panel temuduga ari tu, dah mcm tu kami sebulat suara memilih hang sebagai anggota baru di THTS. selamat bekerja.. jgn buat hal, jujur nak kena mesti klu x, sia2 saja airmata awak masa interview hari tu." maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.................. tp aq buat bodoh! rupanya keja akaun ni x semudah yg aq sangka. selain jujur memegang amanah, aq kena sentiasa bersedia. byk kenangan wo di tabung haji ni.. gaji lumayan.. semualah yang ok2 saja.. aq kerja sana setiap hari kena balik lewat jam 9 sampai rumah. nasib baik ada bas balik papar..masa tu tambang masih murah.. RM3 - 4. bolehlah.. aq ni rajin kerja lebih masa.. ada lah jugak pungutan hujung bulan nant. kat sini, hari2 aq pg airport. hantar tiket, indorse tiket, ceramah penerbangan. kat sini aq belajar mendisiplinkan diri. cara berjalan, cara senyum, cara bercakap dan cara aq berdepan dgn orang ramai.. musim haji paling menyeronokkan, dpt bermalam di kompleks tabung haji. dpt melihat kegembiraan jemaah bakal bergelar haji dan menyaksikan kepulangan jemaah dr tanah suci. selain tu pernah juga aq melihat sendiri bagaimana salah seorang jemaah kami tidak dapat balik ke tanah air kerana meninggal dunia di tanah suci. hati diselebungi pilu, yelah hari tu pergi beria-ia benar jemaah tu. dengan beg pergi berangkat ke tanah suci taw2 yang balik cuma begnya saja. bayangkan apa perasaan anggota keluarga yang menerima kepulangan hanya beg saja itu. Allahualam...

akhir sekali aq melepaskan juga jawatan sebagai kerani akaun di tabung haji pada bulan jun 2006 iaitu beberapa bulan selepas aq berkahwin kerana aq ditawarkan bekerja di Panasonic Service Centre, tempat aq bekerja dulu.. maklumlah, skrg aq dah jadi sebahagian dari ahli keluarga kepada keluarga angkat aq dulu.. hehehehe. skrgkerja aq lebih kepada insurance AIG, AON, menjaga kredit syarikat (mcm kawalan kredit jugakla) menjaga beberapa supplier seperti Haier, Hitachi, Electrolux, Morgan dan beberapa lagi yang x brapa glemer.. yang paling penting SENQ, antara syarikat terkemuka di malaysia yang turut berada dalam tangan aq bhgn claim service.. aq seronok dengan kerja aq skrg tambahan pula... dengan suami tersayang!

itulah sejarah & pengalaman bekerja aq selama ni.. dan akhirnya aq sudah bekerja di sini selama 3 tahun...dan semoga sukses....

Panasonic... Ideas For Life... hehehehe

No comments:

Post a Comment