Friday, May 1, 2009

Labour Day 1 May, 2009

02/05/2009 semalam kita menyambut hari pekerja 1hb Mei.. Sebagai seorang pekerja yang telah diberi pengiktirafan cuti sehari semalam membuatkan aq semakin ingin berjaya dlm karier q.. dlm bidang electronics & customer service. walaupun sebenarnya ini bukanlah kerjaya impianku..

dulu, aq pernah bercita-cita utk menjadi seorang pramugari MAS. duuluuuu.. impian itu hanya tinggal kenangan. walau bagaimana pun aq bersyukur kerana aq diberi peluang utk bekerja di bawah anak syarikat MAS dengan kerjasama Tabung Haji.. Sekurang2nya impian utk berkhidmat & berurusan dgn bahagian penerbangan Malaysia tercapai akhirnya. Aq yg ketika itu bekerja sebagai Kerani Akaun Bahagian Penerbangan Malaysia Kota Kinabalu ( THBKI ), bidang kerjaku adalah merangkumi mengurus bahagian kewangan dr luar dan dalam urusan travel.. skurang2nya impian utk naik kapal terbang MAS percuma turut dpt aq rasa walaupun hanya sekadar penerbangan demostik sahaja. Aq sudah puasssssss.. kerana cita2 utk menjawat jawatan berkenaan dengan dunia penerbangan terlaksana sudah.

Hari ini aq tampil sebagai salah seorang kakitangan Panasonic (M) sdn bhd... Aq kelihatan hebat dgn kerja baru ini.. ( sudah 3 tahun berlalu )
aq senang dgn tugasan seperti ini.. mencabar!
berdepan dgn client dan tugasan emergency yg lain...

selain tu, aq juga menguruskan bahagian kewangan kompeni. mana2 pun aq pergi nampaknya aq x dpt berpisah dgn wang... aqlah bahagian kutipan kredit.. aq lah bahagian tuntutan, insurance dsbgnya yg berhubung dgn wang

jadi sempena hari pekerja ni.. aq ucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh blogger yang bekerja & x bekerja.. semoga hari2 kerja anda diselubungi... gajiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
hihihihi

Wednesday, April 29, 2009

Are you sleeping....










29hb April 2009, lambat aq melelapkan mata. melayan mata sambil membaca majalah kegemaran.. Jelita yang dihiasi oleh Mas Anizan sebagai cover. Sambil menunggu mesin basuh habis mencuci, sambil menyapu sampah2 di ruang tamu aras bawah.. & mandiiiiiiiiiiiiiiii










lepas tu, naik ke aras 2.. wah wah ku lihat dua permata hati sudah pun dilayar mimpi.. agaknya!








Ni satu anak aq yg sulung, kegemarannya kereta. apa saja kereta itulah yang dia suka. kereta besar @ kecil. itulah yang dia mau... even di supermarket pun kereta juga jadi pilihan. nasib skrg ni ada kedai RM2.. jadi x susah aq menuruti kehendaknya...








Kalau tidur tu... x payah cerita. mesti dia tidur dgn kereta...ni baru sikit. selalunya dia juga akan tdur dgn basikalnya.. aq x berani nak alihkan semua permainan yang dia sudah susun disampingnya sebab... nant tengah malam kalau dia mau minum susu.. dia akan cari balik kereta2 tu dan akan minum susu sambil main kereta. lepas dia habis minum susu dgn sendirinya dia akan tdur sendiri...













siap tdur dgn anak patung lagi tu.. hihi dulu anak patung tu aq yang punya.. skrg diwarisi oleh anak2 aq.. danial tdur macam nilah.. cukup dgn air, susu, selimut, lori, kereta, basikal... & macam2 lagi.. siapa berani sentuh semua peralatan ni.. jawabnya tengah malam nant dia akan menangis, teriak mencari brg2nya...

danial daniallllllllllll



tu danial.... Dania pula, tidur tidak cerewet.. tp sebelum tdur mesti dia akan menangis kaw2 punya... lepas tu dia akan layan tdur sampai pagi.. ni keistimewaan dia tym tdur.. klu tym biasa2.. bah sedialah telinga. mau ada kesabaran menjaga dania ni. berbeza dengan danial dulu. danial dulu suka jaga malam.. tambah lg dania skrg dha pandai memilih. dia cuma mau dikendong oleh aq, rosle & org gaji saja....

sumbat ja cucut di mulut... lepas tu semua org boleh tidur... zzzzzzzzZZZzzzzZZZzzzzZZZZ..............
nilah karenah anak2 aq. permata hati aq... Ahmad Danial Irfan Bin Rosley & Nur Dania Daniella Binti Rosley..................



Thursday, April 23, 2009

Aduiiiiiiii

Genap 1 minggu aq diserang penyakit yang sakitnya teramat sangat, tidak terperi.. hinggakan nak jumpa doktor pun x bertenaga.. ( takut...hehe), aq diserang sakit gigi. ni gara minum terlalu banyak sangat kopi tenom.. ( yang dibeli khas dr tenom..) sedap memang sedap, tp ada manis sikittt.... minum kopi ni memang confirm x tdur malam.. sesuai utk org yang nak menguruskan badan mcm aq. kurus memang akan kurus yelah sebab ianya mengakibatkan sakit gigi yang akan menyebabkan kita x dpt makan dan x nak makan ( takut sakit gigi bertambah..) lepas tu x boleh tdur malam, bukan pasal kopi tu tp pasal gigi sakit sangat....
itu effectnya...
semalam aq operate sendiri gigi aq tu.. rupanya dlm gigi aq tu, gusi sudah membengkak dan mengandung nanah.. pasal aq nampak ada warna kekuningan membenjol di gusi aq yang mula merangkak masuk ke dalam lubang gigi yang sakit tu. (oleh kerana aq operate sorang2 jadi aq x dpt nak ambil gambar.. nak tunjuk dgn korang semua). pas tu, aq tekan bud cotton kat tempat yang membenjol tu... ada cairan kekuningan yang kluar bercampur dengan darah.. sakitnya jangan cakaplah. memang sakit.. aq cuba tahan yelah sbb nak baik kan...
siap di operasi, gusi sudah tidak membenjol sangat cuma meninggalkan kesan berlubang pla sebab aq tusuk cotton bud dan kesan pendarahan yang agak kritikal jugakle.. hehe bahasa memartabatkan bangsa.. kuang kuang kuang!
akibat daripada operasi yang dijalankan secara bersendirian dan tidak profesional, aq tidak dapat tidur semalaman.. sakit yang aq alami adedeh... teramat sangat. balik2 aq turun ke dapur cuba berkumur2 dgn air garam dan makan ponstant sekerap yang mungkin. tapi denyutan keras semakin terasa. yang lucunya, anak aq si danial mcm tau ja aq sakit.. dia pun x tidur sampai jam 3, dilayannya VCD doremon sampai habis! last2 aq pun mula melelapkan mata (tdur tdur ayam) jam 5.00am dan terjaga pada jam 6.15am.
pengalaman semalam berjaga kerana diserang sakit gigi aq layan dengan membasuh kain, memop lantai, menyapu lantai, mengemas rumah, mengiron baju & menjemur kain. selebihnya aq layan dgn membaca buku!
aq rasa sepanjang aq pernah mengalami sakit gigi, inilah sakit yang paling lama iaitu seminggu. aduii seminggu ni x dpt langsung berbuat apa2. sampai nak makan pun x mampu...

wokeyla gang.. aq chow dulu. layan sakit gigi ni. doakan aq semoga aq cepat sihat walaupun tanpa dicabut gigi aq ni.....

sebenarnya pekerjaan yang paling aq x suka ialah doktor gigi. ntah napa....

Thursday, April 16, 2009

Lynn Collectionsssssssssssssssss... part II








Semalam aq dah cita pasal koleksi beg aq.. Hari ni aq nak share koleksi majalah kesayangan aq.. Bersusah payah aq tangkap gambar buku2 ni sume mlm td.. bukan buku yg posing tp aq yang sampai tertonggeng2 mengambil gambar koleksi kesayangan aq ni..










Bg aq minat membaca ni memang sejak aq di bangku skul lg. tp tym tu manalah aq ada duit nak beli majalah ni sume.. masa tu aq baca buku sekolah la.. x pun aq jadi ahli perpustakaan yang paling aktif sekali. tu di SJS... masa aq di SMK Majakir.. x perlu aq nak susah payah pinjam2 buku perpustakaan sebabnya aq boleh baca secara percuma & sesuka hati. aq kan pengawas perpustakaan...




jadi setiap hari balik skul.. jam 2 mcm tu aq dtg skul balik. aq nak tumpang lepak baca buku.. kebetulan masa tu pak we angkat aq cikgu sekolah di SK Pekan... namanya cukupla aq cakap... cikgu Peter... nama betul.. x yahlah korang tau ( tp si cumie.... tau tu...) hehehe! apalagi kan cikgu tu tiap hari akan main bola sepak di padang SMK Majakir. jd..... tiap hari aq akan dtg skul utk berjumpa dgn pak we angkat aq ni..








sepanjang aq tingkatan 6 tu aq jadi pembaca setia majalah Remaja.. Sebenarnya, majalah tu dah jadi simbolik utk aq.. Remaja terbit setiap 2 minggu sekali.. org yg bertanggungjawab utk memastikan supaya aq tidak tercicir keluaran ialah mem aq.. maknanya, dialah yang akan melanggankan majalah ni utk aq. tym tu harga setiap keluaran ialah RM6.90.. sekrg x tau la plak....








balik pada koleksi majalah aq.. habis skul. aq kan dah bekerja sendiri.. so aq dah ada duit sendiri utk beli majalah URTV, Media Hiburan, Mangga, Hai dsbgnya... tu zaman aq bujang! aq suka baca majalah mcm 2.. aq bukan apa saja nak mengetahui peredaran zaman cerita artis2 yang sebenarnya xde kena mengena dgn aq pun...








tp skema berubah bila aq masuk kerja di Sri Bayu Kontraktor KK.. Masa tu aq berkawan dgn Puan Norita Samat. Dia ni kira pembaca setia novel.. Mula drpd situ, aq berjinak2 pla dgn Novel.. tp sayanglah aq x dpt share dgn korang koleksi novel yg aq ada sebab novel semua ada kat kampung.. Jd aq jadi pembaca setia novel yang xde prinsip. maksudnya disini.. aq x kenal nama penulis novel tu. janji best.. aq layannnnnnnnnnnn










pas tu aq keja plak di tabung haji... wah masa ni gaji dah besar sikit jd minat membaca semakin menular... aq mula beli banyak jenis majalah.. habis dah xde supply novel.. so aq kena beli sendiri termasuklah pla dgn majalah yang memang aq langgan.. Aq mula beli Cleo.. Intrend.. Wanita.. Keluarga.. Mingguan Wanita.. Nona.. ni sbb kawan2 aq kat tabung haji semua dah veterennnnnn.. jd aq share minat dgn dorang semua.. yelah x kan aq nak beli majalah remaja dan kongsi dengan dorg ye tak... hehehe


dah kahwin pla.. minat ni x juga kurang2.. malah semakin menjadi2. aq ni klu x baca buku sehari aq rasa macam nak gila.. walau sibuk mcmana sekali pun, aq tetap akan layan membaca.. hobi aq sebelum pejam mata aq akan layan 3-4 page utk 1 buku tu.. inilah namanya tabiat. nak kata membazir agaknya boleh jugak... suami aq kata, buku tu x mengenyangkan... memang le! buku bukan boleh makan...



ni sebenarnya bergantung kepada hobi.. dan mood! setiap dari manusia di dunia mempunyai hobi dan kegemaran masing2.. mcm aq ni lain... hobi aq membaca! (salah satu dr hobi...)
setiap bulan, majalah wajib yg aq akan langgan ialah.....
1. URTV - 2 keluaran setiap bulan
2. Media Hiburan - 2 keluaran setiap bulan
3. Mingguan Wanita - seminggu 1 keluaran
4. Wanita - 1 keluaran setiap bulan
5. Keluarga - 1 keluaran setiap bulan
6. Eh.. 1 keluaran setiap bulan ( bergantung kepada front cover modelnya)
7. Cleo.. ( bergantung kepada topic bulanan & gift,hehe kdg2 majalah Cleo ni ada bg present kat pembacanya..)
8. Intrend... ( ni memang aq akan beli tp selalunya missed )
9. Nona.. ( majalah ni best sangat tp tulah kdg2 aq termiss.. harga pla boleh tahan.. tp keluaran yang wajib dibeli ialah sewaktu puasa & raya sbb.. ada resipi kuih raya & fesyenbaju kurung.... kuang kuang kuang )
lepas tu yang lain2 tu bergantung kepada topik & model...
nilah namanya HOBI.... xde siapa boleh marah, dengki dsbg sbb... duit aq, so aq punya suka lahhhhhhhhhhhhhhhh




Wednesday, April 15, 2009

Lynn Collectionssssss...........

semalam aq syok2 kasi clean up collection bagasi aq.. dlm pada tu aq pun sambil2 kira collection aq. Dulu kan aq pernah cakap aq nak jadi mcm ada cikgu aq tu, nama dia Cikgu Teng@ nama Islam nya Cikgu Nur Farhanah Abdullah. Dalam pemerhatian aq, cikgu Teng ni mempunyai banyak koleksi pakaian, kasut & beg tangan. dulu aq cakap dgn kawan2... " aq mau cari kerja yang bagus2 asal aq boleh jadi mcm cikgu Teng.." beza aq dgn cikgu Teng.. cuma kerjaya dan rupa kami.. hehe cikgu Teng tu cun melecun... Dulu aq ni peminat setia suami cikgu Teng iaitu Cikgu Nazarudin... Maksudnya, kami meminati lelaki yang sama.. haha tp cikgu Teng menang!


Dipendekkan cerita.. skrg aq ada mengumpul lebih 20 pasang beg tangan... dlm gambar aq ambil ni sikit je tau...




Ni lah collection bag aq... semua ni aq pakai mengikut tema pakaian dan setiap hari. aq bukan nak menunjukkan yang aq ni berduit.. Beg ni pun aq beli secara beransur2.. maksudnya; 1 utk 1 bulan. bergantung kepada sales.. hahaha! biasanya jualan karnival murah le..


Harga beg aq yang paling mahal sekali bernilai RM129, jenama Satini.. hihi Hutang!!!!! 2 kali bayar.. manalah aq mampu nak beli cash money...


maksudnya di sini, setiap bulan bila aq terima duit gaji, setelah diasingkan gaji orang gaji aq jaga anak & bersihkan rumah, tolak lg belanja dapur, tolak lg belanja org tua & belanja anak aq yang sulung tu, tolak lg belanja harian makan, tolak lagi utk simpanan ASB, ada pendapatan boleh guna... dlm pendapatan boleh guna tu i ada simpan jugak utk kegunaan kecemasan RM100 setiap bulan.. mana taw sakit ke, demam ke.. lepas tu yg selebihnya, aq akan gunakan utk membeli keperluan aq sendiri.. jadi maksudnya aq akan beli brg2 mcm beg, kasut & baju, x lupa baju utk anak2 & suami sekali. tp xlah aq beli sekali gus.. mampus aq..

biasanya tentulah ada kos lepas!!!!!


Baju aq akan beli setiap bulan. maksudnya, 2 @ 3 pasang setiap bulan. Budget aq cuma RM20 sepasang.. Baju anak2 & suami tgk keadaanlah.. yelah anak2 aq semakin membesar dan perlukan baju2 yang lebih besar. cuma utk anak perempuan senang sikit nak cari...


skrg ni aq ada collection utk:


1. Beg

2. Kasut

3. Baju

4. Majalah


4 benda ni adalah perkara wajib & sunat yang aq patut beli setiap bulan. Menabung tetap menabung tp apa guna aq keluar bekerja kalau brg utk diri sendiri aq x boleh beli. Yang untungnya adik aq la si adik... brg2 yg aq x pakai lg aq akan bg kat dia.. sayang klu x digunakan..


ini saja utk hari ni.. sok aq akan share lagi blog collection brg2 lain pla...


Bye...........................

Tuesday, April 14, 2009

Bak Kata Meet Uncle Husin.. K.E.R.J.A......

Aq ni nak kata bosan bekerja.. tidaklah jugak. aq dah terbiasa bekerja semenjak tamat skul dulu.. Klu nak kata tempat bekerja.. toksah cakaplah memang banyak..

Dulu masa aq lepas SPM aq pernahlah mengapply utk menjadi Pramugari MAS.. dapat...! memang dpt punya.. tp masa tu nak dijadikan cerita, aq x dibenarkan bekerja oleh babahq.. keluarga sebelah mama x halang.. tp sebelah babah yg halang. dorang kalau boleh mau aq skul tinggi sbb dorang potensi utk skul tinggi tu ada pada aq. aq x nafikan otak aq memang bergeliga.. bolehlah tahan... klu takat UPSR, PMR, SPM tu aq rasa boleh lepas cemerlang.. no problem! aq ni org nampak je poyo2.. tp aq ska tulis nota. sampai kdg2 nota kwn2 aq tolong tulis... bek kan? cara aq belajar.. kalau rajin menulis mesti kita boleh ingat. klu cuma asyik memandang papan tulis saja cikgu mengajar x guna jugak..

dijadikan cerita, aq pun sambung skul tingkatan 6 di SMK Majakir Papar thn 2001 - 2002. Lepas STPM, aq jadi cikgu sandaran tidak terlatih di SMK Benoni Papar.. Ntah mcmana aq ble tersangkut pla cikgu cikgu ni. best jugak jd cikgu tym tu. Aq ajar subjek Geografi, Pendidikan Moral & Bahasa Inggeris tingkatan 1 & 2. Student2 aq smua cute2.. tp ada gak yg menyakitkan hati.. masa nilah aq faham kerja sbg cikgu ni menuntut kesabaran dan semangat yang kuat. Iman pun kena tahan.. Ya Allah, mcm nilah pla rasanya jadi cikgu bila cakap cikgu dilawan.. Best2 aq dah jadi cikgu, tetiba kontrak aq tamat dan kebetulan salah seorang cikgu di SMK Benoni tu mempunyai premis Cyber Cafe@ tempat org melayan internet & bermain PC Station. Jadi aq pun mulalah kerja di AD Cyber Cafe kepunyaan Cikgu Abdullah Datin Hj Ahmad di Pekan Papar. Disana aq bertugas menjaga keseluruhan kedai tu termasuklah membersihkan sampah, menyapu, mengelap, menjaga komputer yang ada di kedai tu ada 5 set komputer semuanya. Aq juga bertugas sebagai kerani telefonis, kerjanya menjual aksesori telefon & kad top up Digi & Celcom.. Lama jugak aq kerja di Cyber Cafe ni. Satu hari tu, boss aq si Dullah Datin mencadangkan supaya aq menggunakan salah satu dr komputer di kedai itu untuk memberi perkhidmatan 'typing'. masa tu memang kaedah begini amat kurang di pekan papar. jadi dengan kemahiran yang aq ada (tp aq x pernah masuk kursus komputer, aq tau psl komputer pun sbb rumah ada komputer, jd setakat nak menaip2 di word & excel tu... no hal lah)... aq pun mula promote di depan kedai AD CYber Cafe.. Perkhidmatan Menaip Disediakan Disini...

Bermula drpada tu, aq menjadi sangat sibuk.. tambahan pula kedudukan kedai yang strategik dgn laluan orang ramai ke sekolah, pejabat pos, pejabat2 kerajaan yang terdekat & juga laluan utama suri2rumah membeli kari & rempah & pelbagai keperluan dapur di gerai Abang Jahan, Abang Iqbal & Gerai Ah Pek.. Membuatkan kedai ADCC semakin mendapat perhatian pengunjung. Berikutan dengan promosi yang aq lakukan akhirnya ADCC menjadi salah 1 kedai popular di pekan papar. pengunjung & pelanggan di kedai aq terdiri drpada kanak-kanak skolah rendah (main pc station), pelajar sekolah menengah ( reload handphone & duduk2 eg. si harun, si fifi, si nor dsbg), mahasiswa & cikgu2 sekolah (minta taip assignment), amoi2 kedai gunting wenci & amy salon (selalu hutang relod, bayarnya jarang), pakistan2 & benggali2.. ni semua beli telefon & cari aksesori telefon.. & kontraktor2 pembinaan ( yang ni biasanya akan buat surat utk tender la, bayar gajilah & dsbg...) disebabkan kontraktor nilah pada bulan ke 8 aq bekerja aq ditemukan dengan seorang kontraktor muda hensem & bergaya... paling penting, bujang pla tu.. namanya Zamri Moktar. dia ni glemer jugaklah di papar, dia ni pemain bola sepak safa papar & antara kontraktor & usahawan muda di papar ni.

Nak dijadikan cerita, si zamri ni selalu dtg ADCC suruh aq type surat2 penting dia (maklumlah dia kata dia xda kerani & ofisnya di rumah sendiri, jd secara x langsung aq ni kerani berbayar dia lah).. klu dia dtg ADCC x cukup dgn upah menaip yang aq kenakan, dia akan datang bawa makanan & minuman sekali. masa ni aq kena gosip hangat dengan dia oleh seluruh jiran2 kedai di sekitar aq. 1 hari tu, dia emergency nak buat surat untuk tender dan minta aq isikan sekali form tender utk pembinaan pondok di stesen keretapi. memandangkan masa tu aq pun sibuk melayan customer lain dia sanggup tunggu... tarikh tutup tender tu cuma utk sehari tu saja lagi. aq pun kesianlah dengan dia sampaikan aq terpaksa tutup kedai lewat dari biasa.. dia janji dengan aq, " klu aq dpt tender ni lynn.. aq buka office, aq panggil ko kerja.." dia ckap.. aq senyum saja.

tau2.. dimakbulkan Allah dengan izin-Nya, akhirnya si Zamri datang ke kedai dalam hujan lebat (hujan rahmat agaknya..) diiringi dengan hamper makanan ringan yang aq agak dlm lingkungan RM30-50. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. dia menawarkan aq pekerjaan dengan gaji permulaan sebanyak RM800. Wah 2 kali ganda dengan gaji aq di ADCC. sbb dia cakap dia kotakan janjinya.. aq pun bersetuju dan dengan sedih aq apply perletakan jawatan di ADCC notis 1 minggu. tempat aq digantikan oleh si Cumie, kawan bek aq.. pas tu aq x tau apa kejadiannya c ADCC. sayang jugak aq dgn ADCC tu.. ADCC saja bukan AD (abdullah Datin, si duda beranak 2 itu).. hehehe!

Bermulalah episod aq bekerja di kk.. memang selama ni pun aq menyimpan angan2 utk bekerja di KK. & disinilah segalanya bermula.. kisah pahit manis suka dan duka aq bersama kawan rapat aq. namanya Norita Samat. dia ni agak senior sikit dr aq, cuma apa yang aq suka dgn dia ialah dia ni poyo jugak mcm aq dan bergaya. dalam office tu kami cuma bertiga dengan Shafie. si office boy. Dlm pada tu, aq berkawan pla dgn Si Ros & Si Salina ( dua kawan baik Norita semasa di bangku skul..) senior jugaklah tp brutal! kami selalu sehati dalam melakukan apa saja. Dan semasa bekerja dengan Zamri inilah aq mula berjinak2 dengan dunia bisnes dalam bidang pembinaan. turun naik pejabat kerajaan mencari tender & rajin berjumpa orang2 kenamaan antaranya masa tu Pengarah JPPS Encik Abdullah Osman & juga Pengarah Borneo Samudera, Pengarah Insurance Takaful Nasional dan datuk2 di sabah ni. kami ni buka mulut sikit, memang dpt tips. apatah aq rajin tolong type surat2 utk client2 kami ni. sehari dptlah RM30-35, dptlah utk belanja makan. klu tiba tym raya, kamilah yang paling kaya. duit raya kami dpt lebih dr RM500 dr setiap seorang client terapat kami. apalagi aq pun mula melaram. aq mula mengumpul koleksi baju, beg & kasut. masa tu glemer, baju Zetty ala2 baju sembilu kasih.. aq memang akan beli brg2 mcm ni. masa tu duit bukan masalah bg aq, dgn duit gaji dan pendapatan harian aq boleh membiayai keluarga yang kebetulan tym tu, kami amat susah. alhamdulillah walaupun perlu mengorbankan masa makan tengahari & sedikit masa di hari sabtu, aq berjaya mengumpul asset.

namun sedar x sedar, kontrak zamri dengan jabatan keretapi hampir tamat selama 3 tahun. dan aq terpaksa mencari periuk nasi yang baru. setiap hari aq mencari kerja kosong di ruangan akhbar daily express dan menghadapi pelbagai ujian temuduga. beberapa hari kemudian, aq ditawarkan bekerja dengan keluarga angkat ku di Panasonic Tmn Iramanis. Ya Allah tempat di sudut bandar, jauh sedikit dr kota. namun aq cuma bekerja di Panasonic Service Centre selama setengah hari saja. bkan aq x tahan.. tp aq dpt kerja baru yang dekat dgn bandar KK. iaitu di Chan Furniture.. setengah ari aq bekerja di Panasonic, aq mendapat panggilan dr Chan Furniture SB Head Office sebagai receptionist kepada Mr Chan Soon Teck. tuan empunya Chan Furniture.

Hari berikutnya, aq mula bekerja sebagai receptionist di Chan Furniture. Selama ni aq nampak Chan Furniture sebagai kedai perabot biasa saja. namun setelah seharian berada di Chan Furniture, aq mula kagum dengan empayar Chan Furniture yang dikembangkan di seluruh Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia. Masa aq kerja dsana tu, Chan ada lebih 20 cawangan seluruh negara. HAri2 aq akan berdepan dengan salesmen hensem.. Kakitangan di Chan Office ni boleh dikatakan semua cina & kadazan, cuma aq & zaleha saja yng melayu muslim di sini. setiap hari aq berhubung dengan semua kakitangan di seluruh malaysia.

dipendekkan cerita, masa aq last minit dgn zamri dulu, sebenarnya aq pernah apply jawatan kosong di Tabung Haji bahagian Penerbangan sebagai kerani Akaun.. ( hehe, aq xda asas akaun pun.. saja je try) dah 2 bulan kerja di Chan, aq dipanggil temuduga d Kompleks Tabung Haji Jalan Sembulan. Aq pun pergilah.. saja try mana tau dpt.. ada 5 org semuanya yang di interview dan yang meninterview ada 5 orang juga. semuanya dr KL. adakah patut aq menangis depan dorang. ntah tiba2.. dahlah soalan lazim asas akaun aq x ble jawab. lepas tu aq semacam dicabar dengan soalan2 yang melibatkan keluarga. aq teringatkan keluarga aq org susah jd dorang ni suka2 mencabar aq. aq x dpt menjawab soalan dorang. cuma yang aq ingat, jawapan terakhir yang aq jawab utk soalan dorang ialah.. " Saya bersyukur menjadi diri saya sendiri, walau apa pun kerja yang saya lakukan yang penting saya dibayar gaji dan tidak menyusahkan orang lain serta dapat saya membiaya keluarga". aq kluar dr bilik temuduga tu tanpa sopan dan membiarkan penemuduga tu memikirkan apa saja tentang aq. dlm hati aq berkata, aq ja yang perasan mau kerja di tabung haji ni..

jd aq pun melanjutkan baki kerja aq di Chan Furniture mcm biasa sehingga akhir bulan ramadhan tiba.. aq dikejutkan dengan 1 panggilan di Chan Furniture. aq pun heran sebenarnya kenapa ada org cari aq guna nama penuh? rupanya panggilan tu dr Tabung haji. Ya Allah dengan kebesaran Tuhan aq diterima bekerja di Tabung Haji bermula 7/11/2009 iaitu seminggu selepas raya aidilfitri.

di tempat baru aq, berimej baru.. bertudung.. yelah nama pun Tabung Haji kan.. masa aq mula masuk kerja, cuma seorang saja kakitangan yang bertugas iaitu Hj Hidam itupun dia kerja bahagian ticketing. dia dduk di depan. aq di belakang. sorang2.. hari pertama bekerja, aq sudah pegang duit tiket kapal terbang sebanyak RM181,272 (aq akan ingat jumlah tu sampai bila2).. bergegar aq pegang duit tu.. tu duit halal orang nak pg umrah. keesokkan harinya aq dikejutkan dengan kehadiran pak cik Jamrin (suami kepada anti rohana, anti aq) tp aq dgn pak cik tu x close pun.. tegur2 biasa saja. dia rupanya office boy di sini. akhirnya setelah semuanya balik dr cuti raya, aq berkenalanlah dgn semua orang.. Haji Hidam Tory (pegawai tiket merangkap pegawai pengurusan Umrah & haji), Hajah Nur Farah Abdullah (Kerani tiket), Haji Hasny Wasli (kerani tiket), Hajah Hazelina Farah Shamsudin ( pegawai akaun, pegawai aq.. seram aq dgn kak hazel ni tp da ni cantik cuma kalau dia tegur buat salah dia xkan teragak2).. Haji Jamri Ramli (kerani kawalan kredit, pungut hutang) Haji Ali ( kerani tiket merangkap penghantar cepat kedua), Haji Jamrin Ismail (pak cik aq, penghantar cepat).. dorang ni semua funny dan peramah. sekejap saja aq dah terbiasa dengan dorang. tup2 aq berkenalan pla dengan boss di bahagian penerbangan ni iaitu Haji Omar Sulaiman ( skrg dh tukar..), alamak malunya, rupanya Haji Omar salah seorang panel penemuduga waktu aq interview.. dia ni org kedah.. dia cakap kat aq masa briefing staff.. " Hang dayang.. buat keja kna betui.. hang pandai tawan hati semua panel temuduga ari tu, dah mcm tu kami sebulat suara memilih hang sebagai anggota baru di THTS. selamat bekerja.. jgn buat hal, jujur nak kena mesti klu x, sia2 saja airmata awak masa interview hari tu." maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.................. tp aq buat bodoh! rupanya keja akaun ni x semudah yg aq sangka. selain jujur memegang amanah, aq kena sentiasa bersedia. byk kenangan wo di tabung haji ni.. gaji lumayan.. semualah yang ok2 saja.. aq kerja sana setiap hari kena balik lewat jam 9 sampai rumah. nasib baik ada bas balik papar..masa tu tambang masih murah.. RM3 - 4. bolehlah.. aq ni rajin kerja lebih masa.. ada lah jugak pungutan hujung bulan nant. kat sini, hari2 aq pg airport. hantar tiket, indorse tiket, ceramah penerbangan. kat sini aq belajar mendisiplinkan diri. cara berjalan, cara senyum, cara bercakap dan cara aq berdepan dgn orang ramai.. musim haji paling menyeronokkan, dpt bermalam di kompleks tabung haji. dpt melihat kegembiraan jemaah bakal bergelar haji dan menyaksikan kepulangan jemaah dr tanah suci. selain tu pernah juga aq melihat sendiri bagaimana salah seorang jemaah kami tidak dapat balik ke tanah air kerana meninggal dunia di tanah suci. hati diselebungi pilu, yelah hari tu pergi beria-ia benar jemaah tu. dengan beg pergi berangkat ke tanah suci taw2 yang balik cuma begnya saja. bayangkan apa perasaan anggota keluarga yang menerima kepulangan hanya beg saja itu. Allahualam...

akhir sekali aq melepaskan juga jawatan sebagai kerani akaun di tabung haji pada bulan jun 2006 iaitu beberapa bulan selepas aq berkahwin kerana aq ditawarkan bekerja di Panasonic Service Centre, tempat aq bekerja dulu.. maklumlah, skrg aq dah jadi sebahagian dari ahli keluarga kepada keluarga angkat aq dulu.. hehehehe. skrgkerja aq lebih kepada insurance AIG, AON, menjaga kredit syarikat (mcm kawalan kredit jugakla) menjaga beberapa supplier seperti Haier, Hitachi, Electrolux, Morgan dan beberapa lagi yang x brapa glemer.. yang paling penting SENQ, antara syarikat terkemuka di malaysia yang turut berada dalam tangan aq bhgn claim service.. aq seronok dengan kerja aq skrg tambahan pula... dengan suami tersayang!

itulah sejarah & pengalaman bekerja aq selama ni.. dan akhirnya aq sudah bekerja di sini selama 3 tahun...dan semoga sukses....

Panasonic... Ideas For Life... hehehehe

Monday, April 13, 2009

Lower Six Economy 1.. 2001

Hari ini adalah hari peringatan aq melangkah ke alam persekolahan tinggi Tingkatan enam rendah jurusan ekonomi 1 di SMK Majakir Papar. Aq bukanlah pelajar panggilan pertama tetapi aq adalah pelajar pertama sampai untuk sesi panggilan kedua. Aq di interview oleh cikgu Noraini. Wah semacam je cikgu ni. Macam pemarah... Ini bukanlah kali pertama aq menjejakkan kaki ke sekolah maha asing ini. sebelum ini aq pernah mengikuti sesi latihan pertandingan bola jaring & bola baling di sini. Tapi buat pertama kalinya aq akan bergelar PELAJAR disini. Sekolah yang pernah aq anti sebelum ini. Bagiku dulu, sekolah ni bertamadun dari segi pembangunan tetapi tidak dari segi Mental & pencapaian tahap pelajarannya.
Tapi kini nak kata apa kan.. aq terpaksa duduk & belajar di dalamnya. Aq diarahkan utk masuk ke kelas sementara 6 rendah sastera, kelas paling hujung sekali paling dekat dengan arah untuk ke kantin. Hati nie berdebar2 menanti reaksi pelajar lain. Sekali kaki melangkah masuk, wah x surprise... kawan2 kat dlm ni semua yang aq pernah kenal masa aktiviti sukan & ada juga yang pernah jadi school mate masa skul rendah. ada 2 3 orang pelajar bukan Islam yang pernah jadi school mate masa di St Joseph dulu. wah xdelah asing sangat bagi aq. Aq memilih utk duduk berhampiran dengan Ms Sofia Ismail. Dia ni pernah jadi geng kamcing masa skul rendah dulu merangkap saudara bau2 bacang dengan aq. Ada jg student SJS kat sini tp ni yg x popular masa skul dulu. Aq kureng sket bercampur dgn bebudak sains.. student paling comel tym ni ialah Iryan Suhaibun. Dia ni memang aq kenal dari kecik lagi sementelah kami x close.. Iryan ni ialah first cousin kepada first cousin aq.. hehehe! faham2 lah ye apa maksudnya.
Sekejap mata aq mula rapat dgn student yg lain.. alkisahnya aq memang peramah. Tetapi ada 1 group pelajar dr sekul SMK Benoni yang seakan memandang sinis ke arah q. peduli hapa aq.. tp kan dlm pelajar2 tu, kiranya aqlah yang paling popular kat sini. mana x nya, masa di skul lama dulu semua aktiviti yang aq lakukan selalunya melibatkan pelajar luar jadi aq secara x langsungnya sudah dikenali oleh semua orang.
Jadi nak dijadikan cerita, akhirnya masa pengagihan kelas yang sebenar sudah pun bermula. Setelah semua pelajar dikumpulkan, kami diasingkan kelas mengikut pencapaian kami. Aq ditempatkan di kelas Jurusan Ekonomi Kelas 1 di SMK Majakir Papar. Masa tu cikgu kelas kami, Cikgu NurFarhana. Wah cikgu ni memang idola aq. Walaupun pelajaran yang diajar oleh cikgu tu langsung x masuk dlm otak aq. tapi aq suka tengok cikgu tu. cikgu ni kami gelar, cikgu colourful.. hehe! aq dpt tangkap cikgu ni banyak koleksi pakaian, beg & kasut. sebab dalam 2 minggu dia akan bertukar2 aksesorinya. jadi dari situ aq simpan minat. aq pun akan jadi mcm cikgu teng.. (nama panggilan kami utk cikgu ni)... memang pun skrg aq dah kumpul semua benda mcm cikgu teng tu.. cikgu idola aq...kuang kuang kuang ( ni aq akan kongsi dgn korang dlm blog yang lain...)
Masa awal persekolahan ni, tabiat aq semakin mula berubah. aq menanam azam utk belajar bersungguh2. aq akan balas semua jasa mama & babahq selama ini. aq berjanji akan mencapai keputusan yang terbaik dalam STPM nant. supaya mama & babah tidak rasa sia2 memberikan aq pendidikan setinggi ini (walau x setinggi mana) namun aq tetap menanam cita2 utk sampai ke menara gading.... ( sebenarnya x sampai.. tp keputusan aq x teruk taw.. )
oklah kawan2.. itu jelah yang dpt aq kongsi bersama korang semua utk kali ini.. aq akan ingat sampai bila2 hari ini adalah tarikh keramat aq mula menjejakkan kaki ke SMK Majakir sebagai pelajar tingkatan enam rendah kelas ekonomi 1 tahun 2001....
hahahaha.. semoga aq berjaya.... kepada geng karas q semasa di enam rendah....
1. Dg Surianah Ag Edris...
2. Rosnita Manchai
3. Koh Be Ruan
4. Malai Ali Malai Mohammad
5. Lawrence (lupa sudah nama bapa dia..)
6. Jubaidah Baharudin
7. Nurul Tahirah Tassim
8. Jacelyn Joachim
9. Carolyn Syvelis
10. Anita Dukaruk
11. Marris Kinson
12. Fandi Ibrahim
13. Azlan Baharudin

Aq bangga dengan korang sebab sekarang kita sudah sama2 berjaya dalam bidang masing-masing. Sekurang2nya kita xdelah duduk di bus stop mcm yang cikgu Dalimasiah sumpah kita dulu hari2...

x lupa juga geng karas tingkatan 6 atas ekonomi 1..

1. Dg Surianah Ag Edris ( tetap dan berpencen )
2. Rosnita Manchai ( tetap dan berpencen )
3. Koh Be Ruan ( hilang, ntah kemana.. mungkin skrg dah jadi tokeh kilang papan )
4. Azlan Baharudin ( kisah perselisihan faham antara kita akan jadi sejarah di SMK Majakir )
5. Malai Ali Malai Mohamad ( Sebenarnya aq sayang ko & Lalan )

xkan aq lupa kenangan kita di hutan lipur kawang tu.. nek kreta yang hampir nak roboh tu.. aq xkan lupa... apa2 pun, be the best among the best..
(sebenarnya korang.. aq ada photo kat hutang lipur kawang tu utk tatapan korang tp lain kali aq upload.. ok)

andainya kawan2 ada terasa hati dengan aq selama kita berkenalan... aq mohon maaf atas segalanya...

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi mentah
& muda kulihat Hijauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, April 12, 2009

Hallu..... 13/04/2009










Hari ini genaplah umur Danial 2 tahun 2 bulan.. tp fizikal danial mengalahkan budak umur 4 tahun. berat badan danial sekrg, paling latest pun aq timbang 18kg.. Hobi dia ni tgk kartun doremon & Thomas & friends.. itu ja. alat permainan? toksah cakap, rumah aq skrg boleh jadi toko jual alat permainan. kapal terbang, helikopter, kereta, basikal.. bola dan mcm2 lg. almaklumlah budak2! dia suka kacau ketenteraman adiknya si daniella. pantang adiknya tu duduk diam dia mesti g serbu. klu adiknya menangis, dia suruh diam.







<---- sample: org syok2 diam2, dia dtg mengganggu. tp aq terhibur dgn keletah kedua2nya. yelah walaupun sinopsis hidup aq sudah berubah. aq kini sudah punya tanggungan yang menuntut aq utk berkorban.. aq terpaksa korbankan waktu tdo siang aq utk menjaga keduanya. nasib baik danial skrg sudah mau berpisah tdo dgn aq. kdg2 babah & mama bawa danial balik kampung. skurang2nya ada juga penghibur mereka di kampung. tambahan pula danial satu2 nya cicit kepada Keluarga Latip yang rapat dgn seluruh ahli keluarga di kampung..




Apa2pun, inilah gambar insan tersayang dalam hidup aq selain mama babah, adik & abang aq di kampung....

Rosley Sulaiman@ Hung Chew Ching, Ahmad Danial Irfan Bin Rosley & Nur Dania Daniella Binti Rosley.. I love u all....