Friday, May 1, 2009

Labour Day 1 May, 2009

02/05/2009 semalam kita menyambut hari pekerja 1hb Mei.. Sebagai seorang pekerja yang telah diberi pengiktirafan cuti sehari semalam membuatkan aq semakin ingin berjaya dlm karier q.. dlm bidang electronics & customer service. walaupun sebenarnya ini bukanlah kerjaya impianku..

dulu, aq pernah bercita-cita utk menjadi seorang pramugari MAS. duuluuuu.. impian itu hanya tinggal kenangan. walau bagaimana pun aq bersyukur kerana aq diberi peluang utk bekerja di bawah anak syarikat MAS dengan kerjasama Tabung Haji.. Sekurang2nya impian utk berkhidmat & berurusan dgn bahagian penerbangan Malaysia tercapai akhirnya. Aq yg ketika itu bekerja sebagai Kerani Akaun Bahagian Penerbangan Malaysia Kota Kinabalu ( THBKI ), bidang kerjaku adalah merangkumi mengurus bahagian kewangan dr luar dan dalam urusan travel.. skurang2nya impian utk naik kapal terbang MAS percuma turut dpt aq rasa walaupun hanya sekadar penerbangan demostik sahaja. Aq sudah puasssssss.. kerana cita2 utk menjawat jawatan berkenaan dengan dunia penerbangan terlaksana sudah.

Hari ini aq tampil sebagai salah seorang kakitangan Panasonic (M) sdn bhd... Aq kelihatan hebat dgn kerja baru ini.. ( sudah 3 tahun berlalu )
aq senang dgn tugasan seperti ini.. mencabar!
berdepan dgn client dan tugasan emergency yg lain...

selain tu, aq juga menguruskan bahagian kewangan kompeni. mana2 pun aq pergi nampaknya aq x dpt berpisah dgn wang... aqlah bahagian kutipan kredit.. aq lah bahagian tuntutan, insurance dsbgnya yg berhubung dgn wang

jadi sempena hari pekerja ni.. aq ucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh blogger yang bekerja & x bekerja.. semoga hari2 kerja anda diselubungi... gajiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
hihihihi

No comments:

Post a Comment