Wednesday, April 15, 2009

Lynn Collectionssssss...........

semalam aq syok2 kasi clean up collection bagasi aq.. dlm pada tu aq pun sambil2 kira collection aq. Dulu kan aq pernah cakap aq nak jadi mcm ada cikgu aq tu, nama dia Cikgu Teng@ nama Islam nya Cikgu Nur Farhanah Abdullah. Dalam pemerhatian aq, cikgu Teng ni mempunyai banyak koleksi pakaian, kasut & beg tangan. dulu aq cakap dgn kawan2... " aq mau cari kerja yang bagus2 asal aq boleh jadi mcm cikgu Teng.." beza aq dgn cikgu Teng.. cuma kerjaya dan rupa kami.. hehe cikgu Teng tu cun melecun... Dulu aq ni peminat setia suami cikgu Teng iaitu Cikgu Nazarudin... Maksudnya, kami meminati lelaki yang sama.. haha tp cikgu Teng menang!


Dipendekkan cerita.. skrg aq ada mengumpul lebih 20 pasang beg tangan... dlm gambar aq ambil ni sikit je tau...




Ni lah collection bag aq... semua ni aq pakai mengikut tema pakaian dan setiap hari. aq bukan nak menunjukkan yang aq ni berduit.. Beg ni pun aq beli secara beransur2.. maksudnya; 1 utk 1 bulan. bergantung kepada sales.. hahaha! biasanya jualan karnival murah le..


Harga beg aq yang paling mahal sekali bernilai RM129, jenama Satini.. hihi Hutang!!!!! 2 kali bayar.. manalah aq mampu nak beli cash money...


maksudnya di sini, setiap bulan bila aq terima duit gaji, setelah diasingkan gaji orang gaji aq jaga anak & bersihkan rumah, tolak lg belanja dapur, tolak lg belanja org tua & belanja anak aq yang sulung tu, tolak lg belanja harian makan, tolak lagi utk simpanan ASB, ada pendapatan boleh guna... dlm pendapatan boleh guna tu i ada simpan jugak utk kegunaan kecemasan RM100 setiap bulan.. mana taw sakit ke, demam ke.. lepas tu yg selebihnya, aq akan gunakan utk membeli keperluan aq sendiri.. jadi maksudnya aq akan beli brg2 mcm beg, kasut & baju, x lupa baju utk anak2 & suami sekali. tp xlah aq beli sekali gus.. mampus aq..

biasanya tentulah ada kos lepas!!!!!


Baju aq akan beli setiap bulan. maksudnya, 2 @ 3 pasang setiap bulan. Budget aq cuma RM20 sepasang.. Baju anak2 & suami tgk keadaanlah.. yelah anak2 aq semakin membesar dan perlukan baju2 yang lebih besar. cuma utk anak perempuan senang sikit nak cari...


skrg ni aq ada collection utk:


1. Beg

2. Kasut

3. Baju

4. Majalah


4 benda ni adalah perkara wajib & sunat yang aq patut beli setiap bulan. Menabung tetap menabung tp apa guna aq keluar bekerja kalau brg utk diri sendiri aq x boleh beli. Yang untungnya adik aq la si adik... brg2 yg aq x pakai lg aq akan bg kat dia.. sayang klu x digunakan..


ini saja utk hari ni.. sok aq akan share lagi blog collection brg2 lain pla...


Bye...........................

No comments:

Post a Comment